23 May
23May

Untuk menghasilkan karangan fakta yang baik, perkara berikut perlu diberi perhatian:

*Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.

*Sebelum menulis, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.

*Isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan.

*Cara penyampaiannya juga mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami.

*Karangan anda mestilah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.

*Perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi difinisi atau penerangan tentang tajuk yang diberi.

*Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat (4) isi penting. Isi mestilah tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkuatkan isi, maka perlu disertakan dengan huraian serta contoh.

*Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.


Cara Penulisan Isi

Perenggan isi dibahagikan kepada beberapa ayat yang disusun seperti berikut:

  • Ayat topik/isi utama (A1)-iaitu isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan serta memandu pengembangan satu unit buah fikiran dalam satu perenggan bagi menyokong pertanyaan tesis karangan.


  • Huraian (ayat huraian) (A2)-iaitu yang mengembangkan gagasan dalam ayat topik dan merujuk ayat topik secara langsung. Ayat penyangga juga dikenali sebagai ayat sokongan utama. Ayat penyangga terbina dalam bentuk fakta-fakta, contohan, data-data atau huraian.


  • Contoh (ayat contoh) (A3)-iaitu ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang ayat topic merujuk ayat topic secara langsung. Ayat penyangga kecil dapat dibina menerusi huraian lanjut data-data, fakta-fakta atau contohan yang bertujuan mengukuhkan penjelasan dalam ayat peyangga utama.


  • Kesimpulan (ayat penegas) (A4)-iaitu ayat akhir yang menutup perenggan sebelum beralih kepada perenggan yang seterusnya. Walau begaimanapun, ayat kesimpulan tidak bersifat tetap pada setiap perenggan. Kewujudannya, tergantung pada keperluan dan keutuhan wacana pada topik dan ayat penyangga utama. Yang pasti, ayat kesimpulan wajar ditulis dalam perenggan terakhir sesebuah karangan.


Contoh perenggan:

Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya (A1). Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan rayayang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya  (A2). Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan, kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar dan berhenti di petak kuning (A3). Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya (A4).


Cara Penulisan Bahasa

Penulisan ialah kemahiran menulis sebuah karangan menggunakan bahasa dengan cekap dan mahir. Kecekapan menggunakan bahasa itu harus meliputi lima jenis kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran berkomunikasi. Penulisan yang akan menjadi bahan atau alat untuk mengukur penguasaan bahasa, iaitu khusus dalam bidang morfologi. Penghasilan sebuah karangan yang baik, kreatif dan menarik haruslah memahami istilah penting dalam seni mengarang untuk menghasilkan karangan yang mantap seperti yang berikut:

  • Retorik
  • Stalistika
  • Estetika
  • Logika
  • Semiotika
  • Koheran
  • Kohesi
  • Wacana
  • Penanda wacana
  • Paralinguistik

Dalam pembelajaran bahasa kesalahan bahasa sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah. French (dlm. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur 1995: 532) menjelaskan   bahawa kesalahan bahasa dapat dijadikan sumber maklumat tentang tahap penguasaan bahasa pelajar. Menurut beliau, terdapat tiga proses yang menjadi punca kesalahan bahasa itu:

(a) Pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan, dan kerana itu pelajar membuat kesalahan dalam penggunaanya.

(b) Pelajar menggunakan struktur atau bentuk-bentuk bahasa yang salah.

(c) Pelajar menggunakan logik dalam fikiran dalam menentukan perkataan atau bentuk dan hasilnya akan menjadi kekeliruan sebagai akibat dari pengaruh bahasa ibunda.

 

Cara Penulisan Pengolahan

Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik. Setiap perenggan mengandungi makna,pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan. Sesuatu paragraph dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara sama lain.

Perenggan juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman, pendapat, pandangan serta imaginasi. Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan perenggan empat unsur, iaitu:

  •  Perenggan Deduktif- perenggan ini bermula dengan ayat topik. Ayat topik yang mendukung idea utama dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung isi atau idea sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian dikemudiankan. Ringkasnya, perenggan in bermula dengan penyataan umum dan menuju kepada penyataan khusus. Kerapkali jenis ini dikenali sebagai perenggan piramid terbalik.

 


  • Perenggan Induktif- Perenggan induktif bermula dengan idea-idea soongan, iaitu hal-hal khusus kemudian diakhiri dengan penyataan umum. Dalam perenggan induktif, ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan.


  • Perenggan Gabungan-Perenggan jenis ini merupakan gabungan deduktif induktif mengemukakan ayat topik pada awal perenggan dan pada akhir perenggan manakala di tengahnya dikemukakan idea-idea penyangga.



  • Perenggan Segi Empat Tepat-Perenggan jenis ini tidka banyak dipraktikan dalam penulisan popular. Hal ini demikian kerana hampir kesemua susunan ayat da nisi dalam perenggan ini sama penting dari awal hingga akhir perenggan. Ini bermakna ayat topik dan ayat penyangga saling lengkap melengkapi sehingga tidak mudah untuk disunting kecuali mereka yang pakar. Biasanya perenggan jenis ini terdapat dalam peruntukan undang-undang, perlembangan dan anekman yang hanya difahami oleh peguam atau pakar undang-undang.



AYAT TOPIK + AYAT PENYANGGA UTAMA + AYAT PENYANGGA KECIL + KESIMPULAN 


 


Contoh Karangan: Kesan-kesan kemasukan pendatang asing kepada negara Malaysia.

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

          Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

         Keselamatan sosial rakyat Malaysia juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

           Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

             Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

           Hak rakyat  juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

            Kesimpulannya, sememangnya negara ini memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

 

Sumber: internet

Berikut merupakan video mengenai kesan kedatangan pendatang asing tanpa asing.












































Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING